Haiwan-Haiwan yang Terancam di Malaysia
HAIWAN-HAIWAN YANG TERANCAM DI MALAYSIA
PENGENALAN
PULAU PINANG, 25 Januari 2018 – Pembangunan
tidak terkawal dan kerakusan pihak tertentu mengaut keuntungan tanpa
memikirkan kesan kepada habitat hutan, secara tidak sedar menyebabkan Malaysia
kini berdepan masalah kepupusan pelbagai hidupan liar.
Tambahnya, keadaan ini menyebabkan Malaysia
tersenarai antara negara berbahaya untuk haiwan terancam
berdasarkan populasi hutan untuk habitat haiwan yang semakin berkurangan.
-Menurut
World Conservation Union, (IUCN):
“14%
haiwan mamalia
di Malaysia telah diancam
kepupusan”
-Jumlah
Kematian Hidupan Liar-
#
2015 = 6 258
# 2016 = 6 767
# 2017 = 7 451
HIDUPAN LIAR YANG TELAH PUPUS
Gajah Pygmy Borneo
Kucing Batu
Banteng
HIDUPAN LIAR YANG HAMPIR PUPUS
Harimau Malaya
Seladang
Tapir
Dugong
Badak Sumbu Sumatera
“ SEKETIKA dahulu kita dikejutkan dengan kematian tiga badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia - Puntung, Tam dan Iman ”
FAKTOR (MENYUMBANG KEPADA KEPUPUSAN HAIWAN)
1) Kegiatan
Pembukaan
Tanah
👇
Secara
besar-besaran
👇
Bagi tujuan pertanian dan
pembangunan tanah
👇
menyebabkan
kemusnahan
habitat.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Tindakan ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
2) Pembangunan yang tidak terancang dan aktiviti pembalakan haram seperti menebang pokok yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. (Jimat-bayar cukai rendah).
Buktinya: SINAR HARIAN, 30 SEPTEMBER 2019
“Pembalakan haram di Kelantan ibarat kanser tahap 4”
Sumber berkenaan berkata, bagi kayu jenis gred A, cukai mencecah sehingga RM5,000 selori tetapi setelah diubahsuai kontraktor hanya membayar RM1,500.
3) Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan.
Kebanyakan pemburu haram mengambil peluang mengeksplotasi dengan memburu binatang yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan apabila dijual di pasaran gelap.
Buktinya:
1. BERNAMA, 16 JULAI 2020
Seorang lelaki tempatan yang sangat dikehendaki kerana aktif memburu gajah, harimau serta spesies hidupan liar lain antara tujuh individu yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bermula 7 hingga 13 Julai lepas.
Antara barangan yang dirampas ialah pelbagai peralatan memburu serta 7.5kg daging labi-labi, empat cengkerang labi-labi, 4.4kg daging babi hutan dan lima ekor musang pulut yang sudah dibakar.
Nilai keseluruhan barangan rampasan itu hampir mencecah
RM 400 000.
2. ASTRO AWANI, 29 NOVEMBER 2019
“ Masalah pencerobohan habitat atas nama pembangunan, rata-rata badak sumbu Sumatera menjadi sasaran kepada pemburu haram di seluruh dunia. ”
Tanduk badak Sumatera dijual dengan harga yang sangat tinggi di pasaran dunia kerana mempunyai kelebihan yang pelbagai seperti keupayaan merawat penyakit kanser dan sebagainya.
-TAMAT-
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga ia dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
Comments
Post a Comment